zay
PERSONAL EPPD1063 INTEREST

Myself !
Monday, 22 October 2018 | 23:12 | 0comments
Hi , Assalamualaikum !  hari ini zay nak ceritakan tentang perjalan seorang insan yang dipangil Zay ini . hehe

Okay , zay mula dengan kenalkan diri terlebih dahulu .

Nama yang diberi ialah Nurul Zayani Binti Zaidi. Nak panggil apa? sebenarnya setiap orang panggil zay dengan panggilan lain-lain, ada yang panggil Nurul , Ayza , Zayani , Zay , Kaklong, Yani. Tapi sejak mula masuk Diploma sampailah ke Degree zay panggilan paling pendek sahaja yang digunakan iatu ZAY . Mudah bukan? hahah.

Dilahirkan pada 4.33 pm tanggal 13 Mei 1997 di Hospital Banting, Selangor . Zay adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik . Adik zay yang kedua Nazirul Irfan Bin Zaidi (19 tahun) , yang ketiga Akmal Zuhairi Bin Zaidi (16 tahun) dan yang keempat Zara Iman Arissa Binti Zaidi baru berusia 5 tahun. Ya ! jarak usia Zay dengan adik yang keempat memang jauh sangat-sangat.

Zay mendapat pendidikan awal dari 5 tahun di Tadika Kemas Layang Labi . tapi tak lama pun , 2 bulan lepastu zay pindah ke Bangi dan pergi ke PASTI berhampiran dengan rumah di Seksyen 7. Pendidikan rendah zay pergi ke SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi , keputusan UPSR zay cemerlang tapi mungkin tiada rezeki dan disebabkan batch kami tersangat ramai yang mendapat 5A, zay tidak dapat tempat di mana mana sekolah sains dan juga SMK Jalan 4 yang merupakan sekolah kluster.

Jadi zay menyambung pelajaran di SMK Jalan Reko, Kajang. Dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 zay di kelas pertama iatu KM1 . Jujur sekolah menengah banyak sangat main sampaikan keputusan PMR pass pass je untuk masuk kelas sains tulen. Sains tulen? ya masuk je Form 4 zay dapat masuk aliran sains tulen. Sebenarnya Zay nak masuk kelas account tapi apakan daya dihalang oleh ibu bapa dan cikgu cikgu , Sedih tau . Dan disebabkan zay tak minat , zay main-main lagi sampailah dah dapat result SPM baru menyesal hahaha tapi Alhamdulillah masih lulus dengan kepujian semuanya . Sedih sangat tak dapat buat Ibu Ayah bangga dengan anak dia sebabkan result macam tu.

Disebabkan zay punya markah Addmath pass tahap ada nyawa je , zay tak dapat masuk matriks .Zay habiskan masa sebelum masuk Kolej dengan jadi pelajar Form 6 sekejap selama 1 bulan di HighSchool Kajang dan terus masuk ke Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar, Kedah dalam bidang Diploma in Business Management. Start daripada sini zay tekad untuk belajar bersungguh - sungguh untuk tebus balik kekecewaan masa lalu.

Sebenarnya zay seronok sangat sebab akhirnya dapat belajar benda yang zay memang minat dari dulu dan Alhamdulillah pointer zay setiap cemerlang dan juga mendapat anugerah dekan. Alhamdulillah ibu dengan ayah seronok dan bangga sangat , zay rasa puas hati sangat dapat tebus kegagalan masa lalu dengan kejayaan masa kini. Alhamdulillah doa dan restu ibu bapa sangatlah penting di dalam sesuatu perkara. Oh ya! Zay baru sahaja bergraduasi pada 21/10/18 dekat PICC Putrajaya dan lulus sebagai anugerah pelajar cemerlang yang terletak di transkrip. Zay gagal dapat Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif ( Dekan setiap sem ) kerana kecundang jatuh 0.10 pointer masa semester ke empat yang membuatkan zay hampir give-up study. Tapi alhamdulillah CGPA keseluruhan masih 3.7 ke atas.



Image may contain: 2 people, including Zayani Zaidi, people standing and indoor
Zay dengan Cha deskmate masa zaman Diploma dan Alhamdulillah dapat anugerah sama sama.











Selepas tamat latihan praktikal semasa diploma, Zay terus ditawarkan jawatan tetap sebagai Marketing Executive Assistant di Walter Empire Sdn Bhd. Dan disebabkan itulah keputusan untuk memohon pembelajaran secara separuh masa di UKM dibuat .

Akhirnya ?

Alhamdulillah , Zay berjaya untuk mendapatkan tempat untuk belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan , UKM yang memang merupakan impian zay dari dulu lagi semenjak sekolah menengah. Insyallah , zay akan tetap terus berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah pula di UKM.

Moral of the story?

tanamkan visi di dalam diri korang ,sentiasa yakin diri korang boleh , sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu barulah anda berserah . Jangan menyerah kalah sebelum berjuang ya ! nanti jadi macam zay masa zaman sekolah hehe.

Bye.




                      rindu pula zaman diploma , jom dengar lagu rasmi KPTM seluruh Malaysia


Labels:


Older Post | Newer Post
SAKURAZAY
It's just me expressing my feelings and my daily basis
only i can change my life. No one can do it for me