zay
PERSONAL EPPD1063 INTEREST

I'm A Traditional Dancer
Thursday, 8 November 2018 | 13:44 | 0comments
Untuk ruangan interest zay nak sembang dengan korang tentang menari . Zay sebenarnya penari traditional dari zaman sekolah lagi, banyak membuat persembahan tarian untuk majlis sekolah dan bermula dari situ lah Zay belajar cara untuk berdepan dengan orang ramai dan atasi rasa gemuruh takut. Zay mula belajar dari bawah dalam selok belok tarian dan selalunya akan berlatih 3-4 jam sehari untuk dapatkan postur dan lenggok tarian yang cantik masa zaman sekolah dulu .

Berlanjutan sehingga Diploma , zay join KEWARIS ( Kelab Warisan Seni Budaya ) KPTM Alor Setar . Kat sana zay mula berkembang untuk belajar tentang tarian moden pula . Kelakar sebenarnya bila dah biasa lembut macam takde tulang tiba tiba kena menari keras . Macam mana pun akan terkeluar lenggok lembut juga .

Paling mencabar bagi zay adalah tarian Zapin. Tahun 2017 kumpulan zay mewakilkan KPTM AS untuk pertandingan tarian peringkat ipts di Pahang . Pernah kami berlatih zapin sahaja dalam masa seminggu dari 7.30 pm - 12.30 am tak berhenti untuk dapatkan gerakan yang sharp dan esoknya masing masing sakit-sakit badan sebabkan penangan tarian tu sahaja .







Labels:


Older Post | Newer Post
SAKURAZAY
It's just me expressing my feelings and my daily basis
only i can change my life. No one can do it for me